Institut Darul Ehsan (IDE) mengambil inisiatif menerbitkan buku Dua Dekad Dia Dizalimi bagi melahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap perkembangan dan kemajuan negara.
Ketua Eksekutif IDE, Datuk Dr Redzuan Othman berkata, mantan Timbalan Perdana Menteri adalah seorang tokoh pemimpin yang banyak menyumbang idea dan tenaga dalam mencorakkan pentadbiran negara menjadi lebih baik serta maju.
“Sudah tentu apa yang cuba kita sampaikan bukan sekadar bernostalgia terhadap beliau tetapi pada waktu sama bagi membolehkan masyarakat terus menyedari atau menerimanya sebagai seorang memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara.
“IDE mengambil insiatif menerbitkan buku dan mengadakan majlis ini bagi membolehkan masyarakat memahami, menyedari dan menghayati apa yang telah beliau lakukan.
“Dalam konteks ini saya sebagai seorang yang mendalami sejarah, ia adalah satu keperluan kerana kalau tidak dilakukan maka masyarakat akan melupakannya apatah lagi dengan pendekatan dilakukan masa kini seolah-olah cuba melupakan sumbangannya,” katanya dalam majlis Baca Puisi Bumbung @Shah Alam Dua Dekad Anwar Dizalimi di sini, semalam.
Dalam majlis itu turut diadakan peluncuran buku Dua Dekad Dia Dizalimi disempurnakan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Read More / Baca Lagi >>

0 Response to "Buku Dua Dekad Dia Dizalimi inisiatif IDE hargai sumbangan DSAI"
Posting Komentar