Dr Mahathir bukan ketua de facto pembangkang, kata DAP

Gobind-Singh-DeoPETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP menafikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketua de facto pembangkang.
Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo merujuk kepada laporan Malay Mail Online hari ini memetik ahli DAP terbaharu, Datuk Zaid Ibrahim, yang dilaporkan berkata ada “persetujuan senyap” dalam kalangan pakatan pembangkang bahawa Dr Mahathir ketua de facto semasa.
“Saya mahu nyatakan secara jelas tidak pernah ada persetujuan senyap seperti yang didakwa. Tidak pernah sesuatu seperti itu dibincangkan atau dipersetujui Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP,” kata Gobind dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus laporan disiarkan.
“Saya hairan mengapa Zaid sebagai ahli DAP membuat kenyataan seperti itu tanpa merujuk kepada kepimpinan parti. Beliau sepatutnya lebih tahu. CEC yang menentukan bagi pihak DAP dan tidak pernah buat keputusan seperti itu.”
MMO melaporkan Zaid sebbagai berkata bekas perdana menteri itu satu-satunya pemimpin sekarang ini yang mempunyai kewibawaan untuk menyatukan dan mengetuai pembangkang dengan ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang hari ini menjalani tahun kedua hukuman 5 tahun penjara kerana meliwat.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dr Mahathir bukan ketua de facto pembangkang, kata DAP"

Posting Komentar