Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, MCA tidak berani menentang pucuk pimpinan BN.
Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, pandangan MCA kononnya beliau bertindak keterlaluan terhadap cadangan negeri itu dijadikan Wilayah Persekutuan yang disuarakan seorang menteri boleh difahami kerana MCA tidak berani menentang pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).
Hari ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, tidak mungkin Pulau Pinang akan menjadi Wilayah Persekutuan dan menyifatkan kempen “Saya sayang Pulau Pinang” anjuran kerajaan negeri itu sebagai tindakan keterlaluan.
“Inilah masalah MCA. Mereka tidak pernah melihat isu nasional dengan serius kerana mereka sangat jahil.
“Mereka hanya serius mengenai manfaat dan keistimewaan jawatan menteri mereka. Apabila ia berkaitan kepentingan rakyat, tiada apa-apa (tindakan). Sepatutnya, Chew perlu sokong kempen itu,” katanya pada sidang media di Komtar hari ini.
Beliau turut menyifatkan MCA ibarat peribahasa kuno Jepun mengenai 3 monyet bijak yang berlagak bisu, pekak dan buta.
Ahad lalu, Lim melancarkan kempen “Saya sayang Pulau Pinang” sebagai reaksi terhadap cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini untuk menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>
0 Response to "Guan Eng bidas MCA pekak, bisu dan buta"
Posting Komentar