Jangan tunggu Anwar menangis baru kita hafal kesedihannya

Oleh Mohd Sayuti Omar
10 Februari genap dua tahun Sdr. Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya atas sabit dakwaan liwat II.Tidak terasa detik dua tahun itu berlalu. Ia bagaikan sekejap sahaja. Mungkin kalangan kita tidak terfikir pun yang Anwar berada dalam penjara sudah 730 hari bersamaan 17,520 jam.


Jika tempoh itu digunakan untuk mengelilingi dunia mengikut teori Phileas Fogg, bangsawan Inggeris yang mengeliling dunia dalam masa 80 hari, bermakna tempoh itu membolehkan kita mengelilingi dunia sebanyak 9 kali.

Masa berlalu itu tidak terasa, kerana beliau setiap hari berkomunikasi dan berintraksi dengan kita. Kerana Anwar sentiasa terdampar di hati kita; (gagasan dan idealisme perjuangannya) maka kita tidak perasan yang jasadnya terpenjara sehingga ada kala ia menjadi kurus kering. Kita kejam untuknya!

Kita mendengar suaranya. Kita mendengar kata-kata semangat darinya. Kita mendengar pesanan tidak habis-habis agar membela rakyat dan berikan keadilan kepada rakyat Marhean. Kita mendengar seruannya agar bersatu, kuatkan saf dan istiqamah menentang kezaliman dan ketidakadilan. Suaranya bergema dan meluncur bersama sinar mentari di siang hari, bersama sinar rangbulan di malam hari.


Kandati pun dibalik tembok beliau tidak pernah rehat barang seminit dari membela rakyat. Dia tidak lenguh dan putus asa berbicara perihal rakyat, nasib rakyat yang ditekan dan ditindas. Bebanan hidup dialami rakyat kini kerana kenaikan kos sara hidup, menjadi lagu nyanyiannya untuk mengulit rakyat supaya bangkit membela diri. Anwar tidak berhenti menyuarakan itu kerana dia peka dan obses dengan masalah itu.

Itu sebab kita berasakan dia tidak terasing sunyi dari kita semua.
Saking kerana memberi kepedulian kepada rakyat, Anwar terlupa kepada dirinya sendiri yang terkurung. Selagi dia dapat menyaksikan penderitaan dan kesusahan rakyat, dia lupa kepada kesakitan dan penderitaannya sendiri.

Barangkali kita tidak pernah terfikir beliau tidak menjamah makanan atau menghirup air apabila terkenangkan ada rakyat yang tidak cukup makan atau terpaksa mencatu makanan di luar penjara disebabkan kemelesetan ekonomi, kejatuhan nilai ringgit atau kerana diberhentikan kerja disebabkan syarikat tutup setelah masalah ekonomi.Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jangan tunggu Anwar menangis baru kita hafal kesedihannya"

Posting Komentar