Hari ini, Presiden Pas, Hadi Awang telah menjawab dua persoalan yang sebenarnya sudah boleh dikira itulah pendirian rasmi parti tersebut.
Pertama, ketika diminta mengulas mengenai tempoh sebulan yang diberikan oleh Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad kepada Pas untuk memberi kata putus mengenai kerjasama antara kedua-dua parti, Hadi berkata, keputusan mengenainya sudah pun ada.
Beliau menjelaskan, tanpa menunggu tempoh sebulan yang diberikan itu, Pas sudah mempunyai dasar untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.
"Tak perlu tunggu sebulan untuk membuat keputusan dengan Bersatu. Kita sudah ada dasar, semua parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah, kita tidak ada hubungan dengan mereka.
"Bila dia (Bersatu) dah ada hubungan dengan DAP dan Amanah, habislah," kata Presiden Pas itu lagi.
Dalam masa yang sama, Hadi juga memberitahu, Pas akan membuat keputusan selewat-lewatnya di Muktamarnya pada 28 April nanti mengenai hubungannya dengan PKR.
Ikut logik, oleh kerana berbanding Bersatu, hubungan antara PKR dengan DAP dan Amanah lebih akrab kerana ketiga-tiga parti itu anggota Pakatan Harapan, maka tentulah jalinan kerjasama selama ini antara Pas dengan parti pimpinan Dr Wan Azizah Wan Ismail itu lebih wajar diputuskan juga.
Malah, oleh kerana Hadi tidak mahu menunggu tempoh sebulan sebagaimana yang diminta oleh Tun Mahathir, meskipun Mukhriz Mahathir yang mewakili Bersatu dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili Pas ada mengeluarkan kenyataan bersama ke arah untuk bekerjasama, Pas seharusnya tidak perlu menunggu sehingga tarikh Muktamarnya untuk memutuskan hubungannya dengan PKR.
Putuskanlah dengan segera hubungan dengan PKR sebagaimana Pas menolak kerjasama dengan Bersatu!
Dalam masa yang sama, baik Bersatu mahupun Pas, kedua-duanya haruslah membubarkan pasukan yang sebelum ini beberapa kali sudah bertemu untuk merundingkan kerjasama tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

0 Response to "KERJASAMA TIDAK, SAMAN PUN TIDAK, FAHAM-FAHAMLAH YERR.."
Posting Komentar