Amanah bersama-sama Pakatan Harapan tetap mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan memperjuangkan hak kaum lain jika berjaya memerintah negara.
Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus berkata, dakwaan Umno-BN bahawa sekiranya Pakatan Harapan memerintah, hak istimewa dan kepentingan Melayu akan terhakis adalah suatu pembohongan.
Sebaliknya tegas beliau, Pakatan Harapan akan menjadikan Perlembagaan Malaysia sebagai rujukan bagi memastikan tiada mana-mana kaum dipinggirkan.
"Selain menjaga kepentingan orang Melayu, Pakatan Harapan akan memastikan nasib bangsa lain termasuklah kebajikan mereka juga akan diperjuangkan.
"Kita tidak mahu adanya pemimpin yang menjadikan pembohongan sebagai teras perjuangan mereka.
"Ini terbukti ketika ini apabila BN memimpin, banyak penipuan yang menjadi amalan mereka sehinggakan rakyat terkesan dengan merudumnya nilai ringgit, meningkatnya kos sara hidup dan cukai melampau terhadap rakyat miskin," katanya dalam program Bicara Rakyat di Kuala Kedah malam tadi.
Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno sering berdolak-dalik dalam banyak perkara melibatkan ketirisan dana negara seperti 1MDB, RM2.6 bilion serta pelbagai lagi angkara.
Sehubungan itu jelasnya, kerosakan demi kerosakan mulai bercambah sehinggakan kezaliman yang begitu ketara sanggup dipertahankan pula oleh segelintir parti pembangkang.
"Lebih dikesalkan apabila adanya ulamak yang rosak setelah mereka bersekongkol dengan kerajaan yang mengamalkan kezaliman.
"Ulamak sebegini adalah ulamak yang rosak kerana mengejar harta kekayaan negara dan tidak menentang kezaliman di hadapan mata.
Read More / Baca Lagi >>
0 Response to "Melayu tak akan hilang keistimewaan jika Pakatan Harapan memerintah "
Posting Komentar