Semalam, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim mengesahkan penyertaannya ke dalam DAP dalam satu sidang media di kediamannya di Tropicana, Petaling Jaya.
Pada awalnya, sidang media untuk mengumumkan kemasukannya ke dalam DAP itu sepatutnya diadakan di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara, tetapi terpaksa diubah tempat kerana tempahan dibatalkan oleh pengurusan kelab tersebut di saat-saat akhir.
Apa yang menariknya, penyertaan Zaid menyertai DAP disaksikan oleh Tun Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang dikenali sebagai "ultra Melayu" yang juga merupakan Pengerusi parti Bersatu.
Ini adalah suatu sejarah di mana seseorang menyertai DAP, tetapi Tun Mahathir menjadi saksinya. Sekaligus juga merupakan suatu penghormatan buat Zaid.
Meskipun tempat sidang media berubah tempat, namun Tun Mahathir tidak mengubah kesediaannya untuk menjadi saksi penyertaan Zaid ke dalam DAP itu.
Kehadiran Tun Mahathir bersama Lim Kit Siang untuk menjadi saksi kemasukan Zaid itu sudah agak lama dirancang dan ketidaksangsian beliau untuk menghadirinya tentunya mampu memberi mesej yang mendalam kepada rakyat.
Mesejnya tidak lain ialah agar pengundi Melayu tidak perlu takut atau ragu-ragu lagi untuk memberi sokongan kepada parti itu dalam pilihanraya akan datang ini.
Dengan bertambahnya pemimpin Melayu berada dalam DAP, parti itu secara langsung dan tidak langsung telah menunjukkan ia semakin terbuka dengan konsep berbilang bangsa, meskipun diterajui oleh pemimpin berbangsa Cina.
Di sebalik dikatakan sebagai parti Cina dan digambarkan selalu bersikap chauvinis, tetapi seperti yang disebut oleh Tun Mahathir, DAP sebenarnya adalah parti berbilang kaum. Ia terbuka kepada semua kaum untuk menyertai dan berjuang di dalamnya.
Sejak sekian lama, beberapa pemimpin Melayu sudah menyertai DAP dan kemasukan Zaid sambil disaksikan oleh Tun Mahathir, parti itu dipercayai mampu meneroka ruang yang lebih luas dalam segmen-segmen masyarakat Melayu yang berbagai di negara ini.
Ini kerana Zaid bukan saja seorang peguam yang terkenal, bahkan juga pemimpin Melayu yang bukan asing kepada rakyat negara ini dengan pelbagai sumbangannya selama ini.
Read More / Baca Lagi >>

0 Response to "MELAYU TIDAK PERLU TAKUT LAGI DENGAN DAP"
Posting Komentar