Pelajar di beberapa universiti tempatan mungkin terpaksa meneruskan penantian pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga bulan hadapan. PTPTN dalam satu kenyataan menyatakan pembayaran pinjaman terpaksa ditangguhkan berikutan maklumat pengesahan status pengajian pelajar daripada universiti awam yang terlibat masih belum diterima oleh pihaknya.
Antara universiti terlibat yang ditangguhkan pembayaran termasuk:
Universiti Sains Malaysia (USM);
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM);
Universiti Putra Malaysia (UPM) – Serdang;
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Space;
Universiti Malaysia Sabah (UMS);
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS);
Universiti Malaysia Kelantan (UMK);
Universiti Malaysia Terengganu (UMT);
Universiti Malaysia Pahang (UMP);
Universiti Teknikal Melaka (UTEM); dan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Pihaknya bagaimanapun menjangkakan akan menerima maklumat penuh pada minggu ketiga bulan ini.
“Bayaran akan dikreditkan ke akaun pelajar antara 7 Mac hingga 10 Mac depan,” kata pihak PTPTN menerusi kenyataan, hari ini.
0 Response to "Negara Dalam Gawat: Beberapa universiti lewat terima pembayaran PTPTN sehingga Mac"
Posting Komentar