Perhimpunan aman depan Penjara Sg Buluh 10 Februari sempena ulangtahun ke-2 Anwar

KUALA LUMPUR: Saifuddin Nasution Ismail menjemput semua warga Malaysia untuk bersama-sama berada di hadapan perkarangan depan Penjara Sungai Buloh pada 10 Februari ini sebagai tanda solidariti bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini terpenjara dan sebagai tanda semangat reformasi rakyat makin marak dan berkobar.
Setiausaha Agung PKR itu menegaskan, Anwar dipenjara oleh pemerintah yang zalim bukanlah merupakan sesuatu yang asing buat tokoh reformasi itu malah di sepanjang hidup beliau, telah dipenjarakan selama 10 tahun.
Menurutnya lagi, pada waktu mudanya Anwar ditahan dibawah ISA kerana memperjuangkan nasib golongan petani miskin di Baling.
Pada tahun 1999 pula, Anwar difitnah kerana tidak tunduk kepada amalan rasuah dan penyelewengan pemerintah pada waktu itu dan sekali lagi beliau difitnah dan dipenjarakan pada tahun 2015 kerana penentangan beliau terhadap penyelewengan golongan kleptokrat, ujar Saifuddin dalam satu kenyataanya kepada Amanahdaily hari ini.
Beliau berkata, pada 10 Februari 2017 merupakan ulangtahun kedua pemenjaraan Anwar buat kali ketiga.
Katanya, Anwar menghadapi semua pemenjaraan ini demi menentang rasuah dan penyelewengan serta membawa perjuangan reformasi dan perubahan, malah masyarakat dunia mengecam tindakan golongan kleptokrat memenjarakan Saudara Anwar.
Beliau berkata, United Nations Working Group on Arbitrary Detention pada 2015 menyifatkan pemenjaraan Saudara Anwar sebagai “illegal”, yang bermaksud tidak sah dari sudut undang-undang, serta menuntut pembebasan serta-merta Anwar, manakala Inter-Parliamentary Union pada 2016 turut menggesa Anwar.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perhimpunan aman depan Penjara Sg Buluh 10 Februari sempena ulangtahun ke-2 Anwar"

Posting Komentar