Saya amat yakin bahawa perjumpaan kali kedua di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali kedua bakal mengukuhkan lagi ikatan serta perpaduan di dalam Pakatan Harapan.Perjumpaan tersebut juga secara otomatisnya telah menyangkal pendapat-pendapat kaki bodek minda lemah otak udang puak UMNO serta Barisan Nasional yang seringkali membuat tohmahan kononnya hubungan silaturrahim terbaru di antara Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar hanyalah wayang semata-mata.
Kedua-dua tokoh negarawan ini boleh dan mampu merobah senario lanskap politik tanahair!! Gandingan tenaga secara ikhlas di antara kedua tokoh ini bakal menyaksikan perubahan baru pada sistem politik tanahair kita.
Semua puak-puak dalam UMNO seperti kaki bodek minda lemah otak udang Salleh Said Keruak serta keseluruhan pemimpin-pemimpin UMNO akan menjadi bertambah gusar!!
Saya tidak tahu butiran terperinci apa yang dibincangkan secara sulit di antara Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar selama lebih kurang 45 minit, namun apa yang diterangkan oleh Tun Mahathir kepada rakan-rakan media di luar kamar mahkamah semalam dilihat amat memberangsangkan!!
Tun Mahathir adalah tokoh berprinsip yang senantiasa berpegang erat pada simpan rahsia sulit tetapi saya berpendapat pertemuan semalam amat diberkati oleh Allah swt kerana kedua mereka mempunyai nawaitu mulia bagi selamatkan tanahair kita yang semakin dirosakkan oleh kerajaan kleptokrasi serta Perdana Menteri paling korup.
Saya amat yakin dengan semangat ikhlas, jujur serta kepentingan bersama kearah Selamatkan Malaysia di antara kedua tokoh negarawan ini akan mampu untuk memantapkan lagi ikatan perpaduan mahupun kekuatan Pakatan Harapan sebagai persediaan menghadapi PRU 14 yang semakin hampir.
Selepas perjumpaan tersebut, saya dapat lihat rias air muka gembira Tun Mahathir. Ini merupakan satu petanda baik buat Pakatan Harapan yang bakal menyuntik semangat baru kepada semua pihak bagi ketepikan segala perbezaan pendapat sesama sendiri tetapi hanya memberi tumpuan 200% untuk tumbangkan kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh Perdana Menteri paling korup dalam sejarah kepimpinan politik Malaysia.
Puak-puak kaki bodek minda lemah otak udang UMNO nampak semakin tertekan semalam dengan perkembangan terbaru perjumpaan kali kedua tersebut.
Read More / Baca Lagi >>
0 Response to "PERTEMUAN KALI KEDUA TUN M - ANWAR KUKUHKAN LAGI PAKATAN HARAPAN"
Posting Komentar