PKR desak Najib tukar ahli lembaga pengarah Tabung Haji, Felda

Rakyat mula meragui penglibatan ahli politik dalam 2 badan kerajaan itu ekoran pelbagai skandal melibatkan kepimpinannya.
rafiziPKR mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak menukar ahli lembaga pengarah Tabung Haji dan Felda yang dilantik atas dasar politik.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, rakyat mula meragui penglibatan ahli politik dalam kedua-dua badan kerajaan itu ekoran pelbagai skandal melibatkan kepimpinannya.
“Saya menyeru supaya Najib mendengar suara rakyat dengan menukar ahli lembaga pengarah di 2 badan kerajaan yang menduduki kerusi tersebut atas dasar ahli politik atau lantikan politik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Rafizi turut menyenaraikan 7 daripada 10 nama ahli lembaga pengarah Tabung Haji yang menurutnya wajar digantikan pakar perniagaan dan pelaburan.
Ia termasuk Pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Tan Sri Othman Mahmmood, Tan Sri Badruddin Amiruldin, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Tan Sri Mohamad Aziz, Tan Sri Shukry Mohd Salleh dan Datuk Rosni Sohar.
Sementara itu, ahli Parlimen Pandan itu turut menyenaraikan 6 daripada 11 ahli lembaga pengarah di Felda, termasuk pengerusi baru dilantik, Tan Sri Shahrir Samad.
Individu lain menurut Rafizi wajar digantikan adalah Datuk Mohd Suhaili Said, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, Datuk Abu Bakar Harun, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Datuk Mohd Isa Abu Kassim.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PKR desak Najib tukar ahli lembaga pengarah Tabung Haji, Felda"

Posting Komentar