SAMAN, SAMAN, SAMAN...JANGAN TAK SAMAN!!

Pas dilaporkan mahu menyaman Husam Musa berhubung dakwaannya bahawa parti itu menerima dana RM90 juta daripada UMNO melalui transaksi akaun di Affin Bank Bhd.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan Husam itu sebagai fitnah jahat yang merupakan sambungan rantaian apa yang pernah didakwa oleh Sarawak Report sebelum ini.

"Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Husam sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report," kata Tuan Ibrahim lagi.

Dulu ketika Sarawak Report mula-mula menyiarkan dakwaan berkaitan dana RM90 yang diterima Pas itu, Tuan Ibrahim juga yang paling awal membuka mulut dengan menyifatkannya sebagai fitnah, tidak benar dan berniat jahat.

Kali ini, apabila Husam membuat dakwaan dalam ceramahnya di Kelantan beberapa hari lalu berkaitan penyaluran wang itu dilakukan melalui Affin Bank, sekali lagi Tuan Ibrahim juga yang mula-mula bersuara mengenainya.

Kenapa Tuan Ibrahim saja yang paling awal bersuara sedangkan Husam sudah membuat dakwaan itu sejak beberapa hari lalu dalam ceramah yang diadakannya di Kelantan, bahkan videonya juga mudah ditonton melalui internet?

Di mana Hadi Awang sendiri, Mohd Amar Nik Abdullah, Nasaruddin Tantawi atau Nik Abdul Nik Aziz dalam menafikan dakwaan yang dibuat Husam itu?

Dalam video tersebut, Husam bukan saja mendakwa duit RM90 juta itu disalurkan melalui Affin Bank, malah berjanji untuk mendedahkan lagi maklumat mengenainya menjelang pilihanraya umum akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SAMAN, SAMAN, SAMAN...JANGAN TAK SAMAN!!"

Posting Komentar