Pemimpin dari Pakatan Harapan dan aktivis berucap di pentas sementara, di hadapan lebih 200 hadirin.
Isteri Anwar yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba selepas jam 9 malam, dengan diiringi tarian singa. Anak perempuan beliau, termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, menyertai beliau tidak lama kemudiannya.
Semuanya berucap dengan penuh semangat tentang membebaskan Anwar, yang menurut mereka seorang pemimpin yang hebat.
Mereka termasuk Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad, Naib Presiden DAP Teresa Kok dan bekas pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Salah seorang penceramah mendeklamasikan puisi mengenai 731 hari Anwar dalam penjara.
Seorang aktivis kurang upaya, Isaiah Jacob, dengan satu kaki dan menjadi terkenal semasa dua perhimpunan BERSIH yang lalu, berikrar dalam ucapannya bahawa beliau tidak lama lagi akan berarak untuk mendesak pembebasan Anwar.
Beliau bercadang untuk berjalan sejauh 5,000 kilometer dalam tempoh 40 hari bermula 8 Mac hingga 24 April.
Sebuah penjara olok-olok didirikan di sudut pentas dengan sepanduk Anwar dipamerkan di sebelahnya, manakala kamera drone terbang berlegar di situ.
Ini adalah untuk membantu menyediakan siaran video secara langsung di Facebook, dengan pengacara acaranya, Nalina Nair, dari masa ke semasa mengumumkan jumlah penonton siaran itu yang berjumlah puluhan ribu.
Makanan dan minuman turut disediakan di majlis itu, berserta dengan buah limau mandarin sempena Tahun Baru Cina.
Read More / Baca Lagi >>
0 Response to "Selepas 2 tahun, gelora Reformasi tetap bergema di Sg Buloh"
Posting Komentar