ZAID: MELAYU UMNO

Saya masuk DAP diatas beberapa sebab; tetapi yang utama ialah untuk mengajak Melayu Umno mula berfikir secara rasional. Menyokong tanpa memahami isu sebenar seperti yang dituntut oleh UMNO sekian lama, jelas melemahkan minda Melayu. Kesannya dilihat setiap masa. Bila Melayu Umno percaya cerita dongeng Raja Arab memberi sumbangan derma kapada Najib; dan percaya bahawa kerugian kepada Kerajaaan dari kerenah 1MDB hanya 1 juta Ringgit, maka itu petanda Melayu sudah hilang perhitungan yang rasional.
Bagitu juga isu Pulau Pinang yang di besar-besarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan. Ada orang Melayu Umno yang menyokong cadangan itu, sedangkan perkara itu mustahil dilakukan kecuali Kerajaan Pulau Pinang bersetuju dengannya. Samalah mengenai hal tuduhan DAP anti-Islam dan anti-Melayu, tidak seorang pun memberi fakta dan bukti yang jelas. Apakah orang Melayu di Pulau Pinang didiskriminasikan? Tunjukkan bukti, kerana saya pun nak tahu. Tetapi UMNO propaganda bermain isu-isu sensitif ini tanpa sedikit pun peduli kepada fakta dan apa yang benar kerana mereka tahu ramai lagi ahli-ahli UMNO sudah tidak mampu berfikir lagi. Mereka turut kerana itulah tuntutan pemimpin mereka.
Sindrom Melayu tidak lagi mahu berfikir secara rasional inilah yang menyebabkan saya masuk DAP, supaya dapatlah saya memberi penerangan tentang isu-isu yang dibangkitkan. Amatlah rugi bangsa saya jika mereka rela diperbodohkan oleh pemimpin mereka. Dimana maruah mereka? Sekurang-kurangnya saya cuba untuk mengatasi penyakit yang dialami oleh orang Melayu hari ini. Memberi ruang yang sihat untuk Melayu berfikir secara kritis dan rasional ini menjangkau politik. Ia adalah usaha yang positif untuk membolehkan orang Melayu membezakan apa yang benar dan apa yang karut. Hanya dengan keupayaan ini mereka boleh maju dibidang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ZAID: MELAYU UMNO"

Posting Komentar