"Majlis ini asalnya kita bercadang merasmikan hanya 5 cawangan baru, tetapi Alhamdulillah yang terjadi malam ini ialah 11 cawangan," kata ketua Amanah kawasan Pasir Mas, Che Rahim Daud.
Beliau yang turut berucap di majlis itu mengucapkan tahniah dan terima kasih atas daya usaha para penyokong Amanah di Dun berkenaan atas gerak kerja yang begitu pantas dan bersungguh-sungguh.
"Ada yang berpangkat datuk, doktor falsafah, tokoh korporat, ahli undang-undang terkenal, jurutera dan tokoh agama yang terlibat secara langsung menggerakkan orang ramai untuk menubuhkan cawangan-cawangan dalam Dun ini," katanya.
Beliau dalam ucapannya menganggap semua ini terjadi kerana kefahaman terhadap situasi politik yang sedang berlaku sekarang.
"Pertembungan sekarang ialah antara mengekalkan tradisi atau bersama kebenaran.
"Ada yang menganggap mereka tetap mahu terus dengan penampilan tradisi walaupun sedar ia bercanggah dengan kebenaran," katanya yang juga anak jati Pasir Mas dan pemilik kedai farmasi Pakar.
Bagaimanapun di Dun Chetok katanya begitu ramai terutama dari golongan cerdik pandai telah sanggup secara terbuka untuk bersama kebenaran walaupun dicemuh kerana dituduh derhaka kepada tradisi.
Read More / Baca Lagi >>
0 Response to "Amanah tubuh 11 lagi cawangan di Pasir Mas, digerak tokoh masyarakat "
Posting Komentar