Pakatan Harapan (PH) perlu segera memeterai perjanjian penggabungan rasmi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melalui pembentangan manifesto bersama agar rakyat terutama anak muda jelas dengan tawaran jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurutnya, anak muda yang merupakan komposisi pengundi besar pada pilihan raya umum akan datang adalah golongan terbanyak yang mengalami kelesuan pengundi (fatigue voters) kerana keliru dengan hala tuju pakatan pembangkang.
"Mereka tidak suka kepada politiking tetapi mereka mahu pakatan pembangkang yang utuh dan fokus. Jika Pas enggan bersama Pakatan Harapan, maka anak muda akan faham dan konsisten untuk bersama PH.
"Hanya dengan persediaan satu logo dan manifesto bersama, anak muda hari ini yang dibelenggu masalah pekerjaan, pemilikan rumah, pinjaman pendidikan dan kos sara hidup tahu bahawa Pakatan Harapan benar-benar mahu menumbangkan Umno-BN," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.Bagaimanapun, beliau bimbang jika kesepakatan antara parti-parti pembangkang tidak diselesaikan secepat mungkin, anak muda akan memilih untuk tidak mengundi kerana kecewa dengan politiking parti pembangkang.
"Oleh itu, jadikan fenomena Brexit sebagai pengajaran supaya tidak berulang di Malaysia dalam PRU14 ini," tegasnya merujuk kepada keputusan United Kingdom (UK) keluar daripada Kesatuan Eropah pada 23 Jun tahun lalu.
Mengulas penekanan Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Subang, Farhan Haziq tentang manifesto anak muda pada program yang dihadiri pemimpin tertinggi Amanah, PKR, DAP dan PPBM itu, beliau berkata, Pemuda PH sememangnya telah bersepakat untuk mengeluarkan satu buku tawaran Pakatan Harapan kepada golongan muda.
Read More / Baca Lagi >>
0 Response to "Pakatan Harapan-Bersatu perlu bergabung, bentang manifesto bersama "
Posting Komentar