Bila penyamun bebas mencatur ...

Di mana  Low Taek Jho @ Jho Low, Datuk Suboh Mohd Yassin, Nik Faisal Ariff Kamil, Casey Tang dan Jasmine Loo? 

Tidak lama dahulu pihak berkuasa, khususnya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara memburu kelima-lima individu diatas. 

Mereka adalah orang-orang yang disyaki terlibat secara langsung dalam skandal SRC International yang telah mengakibatkan kehilangan beribu-ribu juta ringgit hak dan harta kerajaan Malaysia. 

Diantara mereka adalah saksi utama dalam siasatan kes wang tunai berjumlah 2.6bilion dan 42 juta ringgit yang menyusup masuk kedalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara berasingan.

Untuk makluman Nik Faisal juga adalah individu yang diberi kebenaran untuk mengendalikan akaun peribadi Najib di Ambank.   

Laporan akhbar pada bulan Julai 2015 mendedah bahawa SPRM gagal menjumpai Jho Low, Suboh dan Nik Faisal kerana ketiga-tiga suspek utama dalam kes skandal 1MDB itu disyaki telah melarikan diri keluar negara. 

Pada waktu yang sama Bank Negara pula mengeluarkan notis 'orang yang dikehendaki' ke-atas Casey Tang dan Jasmine Loo berhubung siasatan mereka dalam kes skandal 1MDB. 

Tiba-tiba, pada bulan May 2016 ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low mengumumkan bahawa pihak SPRM telah memperolehi kenyataan dari ketiga-tiga individu terbabit.  

Low gagal memberi penjelasan lanjut tetapi cara penutupan siasatan kes wang beribu juta ringgit didalam akaun peribadi Perdana Menteri adalah amat ketara. 

Saya bersara kerana kecewa, kata pengarah operasi khas SPRM

Bekas pegawai tinggi SPRM berasa kecewa dan berdosa kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal membawa kes SRC ke mahkamah.


PETALING JAYA: Pengarah operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Datuk Bahri Mohamad Zain, 57, yang bersara pada Jumaat lepas berkata beliau berasa berdosa apabila kes penyelewengan melibatkan sejumlah wang yang besar gagal dibawa ke mahkamah sedangkan kes lain tidak mengalami sebarang masalah.

“Bukan sahaja kecewa, malah saya rasa amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah,” katanya kepada FMT, hari ini.

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Beliau memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila sejumlah RM42 juta didakwa ditemui dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Ia dilapor dimasukkan ke akaun perdana menteri melalui 2 transaksi pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 selepas disalurkan melalui 2 syarikat lain iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.


Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Januari 2016 memutuskan Najib tidak bersalah atas tuduhan melakukan salah laku dalam urus niaga berkenaan.

Menurut Bahri, beliau mendapati SRC yang merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyeleweng wang rakyat secara terang-terangan.

“Begitu banyak wang rakyat diselewengkan secara terang-terangan. Saya tidak layak berkhidmat di bawah undang-undang sarang labah-labah,” katanya.

SRC ditubuhkan pada awal 2011 untuk meneroka pelaburan strategik di seberang laut dalam sumber tenaga.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bila penyamun bebas mencatur ... "

Posting Komentar