Kerajaan perlu memberikan penjelasan sejauh mana penglibatan Malaysia di Yaman bersama kuasa besar Barat dan sekutu Amerika seperti dilaporkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam sidang dewan rakyat pada Mac Depan.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, mempersoalkan bagaimana Malaysia sebuah negara Islam secara senyap bersuhabat menyerang dan mengepong sebuah negara kecil seperti Yaman.
" Bagaimana Malaysia boleh bersubahat terlibat dengan negara kuasa besar barat pro Amerika menyerang dan mengepong negara kerdil termiskin di benua Arab seperti Yaman?
"Dengan laporan 63 muka Jenayah Perang PBB yang lebih awal dan laporan terkini ancaman kebuluran yang disiarkan agensi berita BBC malam tadi, saya menuntut kerajaan Malaysia melapor kepada Parlimen dan rakyat sejauhmana penglibatan Malaysia sebenarnya.
"Mustahil dengan kehadiran Malaysia di Riyadh kerajaan tidak mengetahui ancaman kebuluran kepada 2.1 juta kanak kanak kecil dan juga ancaman kepada 18.8 juta rakyat awam.
"Bukan sahaja Malaysia membantu Amerika menyerang Yaman, tetapi bersubahat menutup berita situasi malapetaka kebuluran yang sedang berlaku keatas orang Islam di Yaman," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan terkini agensi berita BBC semalam yang menyiarkan berita bergambar rakyat Yaan menghadapi masalah kebuluran.
PBB juga sebelum ini telah melaporkan Yaman memerlukan bantuan mengatasi kebuluran sebanyak US 2.I Billion. Seramai 2.1 juta kanak kanak dan 80 % rakyat dewasa Yaman mengalami kebuluran kerana pelabuhan dan lapangan terbang di tutup kerana pengeboman dan kepungan sekutu Arab Saudi dan Amerika.
Laporan PBB juga menyatakan 10,000 rakyat Yemen telah terbunuh sejak peperangan di Yaman bermula. Dalam lapuran 63 muka PBB yang dibentang pada bulan lepas, didapati 80% dari serangan oleh sekutu Arab Saudi termasuk Amerika merupakan jenayah perang kerana menyasarkan orang awam termasuk sekolah dan hospital.
Read More / Baca Lagi >>
0 Response to "Kerajaan Umno perlu jelaskan penglibatan Malaysia di Yaman seperti dilapor PBB "
Posting Komentar