Husam pertahan ucapan, tindakan mahkamah boleh buktikan kebenaran

Husam pertahankan ucapannya bahawa Affin Bank digunakan untuk Pas terima duit dari Umno.Husam pertahankan ucapannya bahawa Affin Bank digunakan untuk Pas terima duit dari Umno.
Datuk Husam Musa mempertahankan apa yang beliau ucapkan dalam ceramah di Selising, Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu bahawa Affin Bank telah digunakan untuk penyaluran dana kepada Pas.
Sehubungan itu, beliau yakin tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu yang dibangkitkan, kata Husam dalam satu kenyataannya hari ini.
Bagi Husam, kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu menyaman beliau ekoran kenyataannya itu dibuat tanpa penelitian.
"Saya berpendapat, kenyataan Datuk Timbalan Presiden Pas adalah tanpa penelitian, serta mungkin beliau tidak tahu hujung pangkal isu berbangkit," katanya.
Husam juga berkata, beliau tidak dapat memastikan apakah kenyataan Tuan Ibrahim itu kenyataan pribadi atau pendirian rasmi Pas.
Husam dakwa Tuan Ibrahim tidak perhati betul-betul ucapannya.Husam dakwa Tuan Ibrahim tidak perhati betul-betul ucapannya."Saya tidak pasti kenyataan beliau berkenaan tindakan mahkamah adalah kenyataan peribadi atau pendirian rasmi Pas," katanya.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Pas menerima dana RM90 juta dari Umno dan ia dibuat melalui Affin Bank sebagaimana didakwa Husam.
Beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai jahat dan mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas penasihat Amanah Kelantan itu.
Dalam satu kenyataan ringkas empat perenggan yang disiarkan portal rasmi parti itu, Harakahdaily, timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan Husam itu sebagai "sambungan rantaian fitnah" yang pernah dibuat oleh Sarawak Report yang ujarnya kini dalam tindakan perundangan.
"Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau (Husam) sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Husam pertahan ucapan, tindakan mahkamah boleh buktikan kebenaran "

Posting Komentar