Perkembangan AMANAH di negeri-negeri selatan Semenanjung menarik untuk disoroti memandangkan koridor selatan pantai barat Semenanjung adalah kawasan subur untuk perkembangan parti baru ini. Demografi penduduknya yang rencam memberi kelebihan kepada AMANAH -- parti Islam berciri progresif dan inklusif -- untuk bertapak. Setakat manakah perkembangan AMANAH di koridor selatan khususnya di Negeri Sembilan. Ikuti wawancara bersama Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar bagi meninjau lebih lanjut kemajuan AMANAH di negeri adat perpatih itu.Boleh saudara jelaskan secara ringkas tentang perkembangan AMANAH di Negeri Sembilan setelah setahun ditubuhkan?
AMANAH sebenarnya tiada persaingan dengan Pas di sini. Berbeza dengan di negeri-negeri lain. Di sini kita macam 'mati kutu' (ketawa) sebab ramai bekas pimpinan Pas termasuk tiga bekas pesuruhjayanya termasuk saya sertai AMANAH. Pimpinan dulu pun banyak yang uzur, tidak aktif dengan parti.
Sekarang yang masih dalam Pas masih berhubung dengan saya walaupun belum buat keputusan untuk masuk AMANAH tetapi minat untuk bersama kita.
Semasa saya menyertai AMANAH, kebanyakan orang lama yang pernah berada di bawah kepimpinan saya pun ikut sekali. Pelbagai peringkat termasuk Yang Dipertua kawasan. Hampir semua bersama kita.
Di Negeri Sembilan ada lapan kawasan, kesemua kawasan ini kita sudah tubuh AMANAH. Semua ini kita capai sebelum pelancaran AMANAH peringkat nasional. Pimpinan kawasan yang kita lantik pun terdiri daripada bekas pimpinan Pas yang berpengalaman dan juga aktivis Ikram. Semuanya berpengalaman.
Sambutan orang Negeri Sembilan terhadap AMANAH pula bagaimana?
Program kita penuh... Setiap program yang kita anjurkan Alhamdulillah dapat sambutan. Malah Presiden AMANAH Mohamad Sabu pun akui, dahulu apabila beliau berceramah di Negeri Sembilan memang ramai yang hadir, tapi sekarang lebih ramai dan ramai muka baru.
Beliau sendiri mengakui Negeri Sembilan amat berpotensi untk AMANAH berkembang.
Sebaliknya Pas tidak berani anjurkan ceramah sekarang. Walaupun pemimpin tertinggi Pas hadir berceramah, hanya 20 ke 30 orang sahaja yang dengar. Itu pun semasa jamuan hari raya.
Menteri Besar Kelantan pun pernah datang di Ampangan tapi sambutannya hambar. Tempat itu strategi tetapi hanya 20 hingga 30 orang yang hadir.
Sekarang ini tiada pemimpin Pas yang mahu hadir bila dijemput kerana tiada sambutan.
Daripada lapan kawasan parlimen di Negeri Sembilan, manakah yang menjadi kawasan tumpu AMANAH?
Kita bertanding di tiga kerusi majoriti Melayu yang juga terdapat kawasan penempatan Felda iaitu Jempol, Jelebu dan Tampin. Pembahagian kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) masih berjalan.
Rundingan masih berlangsung untuk pastikan kerusi yang kita bertanding tak bertindih dengan parti sekutu kita. Ini dikendalikan oleh jawatankuasa khas, proses masih berlangsung, belum selesai lagi.
Formula AMANAH akan bertanding di semua kerusi yang dahulunya ditandingi Pas diterima di peringkat Pakatan Harapan negeri?
Kita dah bersetuju sejak awal (bahawa kerusi yang ditandingi Pas akan ditandingi AMANAH). Tapi masih ada rundingan dengan parti-parti Pakatan Harapan negeri khususnya Keadilan untuk beberapa kerusi Dun.
Semuanya berkisar tentang calon mana yang lebih berpotensi.
Apa kelebihan yang ada pada AMANAH berbanding Pas dalam konteks meraih sokongan rakyat?
Di Negeri Sembilan, majoriti yang dahulunya aktif dalam Pas kini menyertai AMANAH. Jadi bila mereka masuk AMANAH lumpuh jentera Pas. Setiap kali program Pas tak seramai seperti program AMANAH.
Saya juga nampak kelebihan muka-muka baru yang terlibat dengan AMANAH. Mereka daripada badan bukan kerajaan (NGO) seperti Abim, Ikram yang mana sebelum ini ada dalam Pas tapi tak aktif.
Read More / Baca Lagi >>
0 Response to "Momentum Pakatan Harapan mampu ubah landskap politik Negeri Sembilan "
Posting Komentar